Faktor pertimbangan Pendapatan asas sejagat

Kemajuan teknologi

Ada sesetengah pihak menghujah bahawa kemajuan dari segi penerapan teknologi canggih yang mengurangkan kebergantungan tenaga manusia mampu mendatangkan risiko sara hidup kepada pekerja yang tergugat kepantasan teknologi-teknologi ini sehingga menjadi kurang diperlukan lagi lalu boleh diberhentikan. Maka, pemberian wang ini dianggap sebagai pampasan kepada saraan mereka yang terjejas kepesatan tersebut.

Perkembangan ekonomi

Peruntukan pendapatan asas ini ada dilihat mampu mendorong pertumbuhan ekonomi melalui tampungan pendidikan yang bersesuaian untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji baik.[3][4]

Persekitaran pekerjaan

Frances Fox Piven, seorang pakar sosiologi dan sains politik Amerika Syarikat berpendapat bahawa jaminan wang saraan yang khusus mampu memanfaatkan pekerja yang terbeban hasil kebergantungan tinggi kepada upah sendiri (wage slavery) yang dimudahkan peluang mencari bidang lain yang sesuai.[5] André Gorz, filsuf sosial Austria, menganggap pendapatan ini sebagai suatu tolak ansur daripada penjejasan automasi tetapi juga mengelakkan pekerja merasa terasing dan tertekan dalam persekitaran kerja mereka.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pendapatan asas sejagat http://time.com/5528621/andrew-yang-universal-basi... http://basicincome.org/ http://societal.org/docs/55.htm https://www.businessinsider.com/coronavirus-aoc-de... https://www.businessinsider.com/tom-cotton-calling... https://www.cnbc.com/2020/03/13/andrew-yang-aoc-fr... https://www.foxnews.com/media/tulsi-gabbard-corona... https://www.foxnews.com/politics/trump-wants-to-se... https://www.nbcnews.com/politics/congress/senate-d... https://www.theguardian.com/inequality/2018/jan/12...